Cari:
XiamenAir, Changi Group Jalin Kerjasama
2018-02-08 16:13:18 CRI Cetak

Syarikat penerbangan Xiamen Airlines (XiamenAir) China telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik baharu dengan Changi Airport Group, pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura, semalam.

Menurut perjanjian itu, XiamenAir akan terus menambah penerbangan antara China dengan Singapura dalam tempoh antara 2018 hingga 2021 untuk merancakkan kegiatan ekonomi, perdagangan dan pelancongan.

Lapangan Terbang Changi pula akan terus mempromosikan perkhidmatan XiamenAir di pasaran tempatan.

Kini, Xiamenair dan subsidiarinya, Hebei Airlines telah membuka laluan penerbangan antara Xiamen, Fuzhou, Hangzhou, Dalian, Xi'an, dan Shijiangzhuang dengan Singapura.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China