Cari:
Xi Jinping, Nguyen Phu Trọng Saling Ucap Selamat TBC
2018-02-08 16:53:22 CRI Cetak

Ketua Setiausaha Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping dan Ketua Setiausaha Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (PKV), Nguyen Phu Trọng saling mengirim ucapan selamat, menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Xi yang mewakili PKC dan rakyat China menyampaikan salam ikhlas kepada PKV dan rakyat Vietnam, turut menyatakan kesediaan pihaknya memperkasakan kerjasama dengan PKV demi kesejahteraan rakyat, pembangunan sosialisme, dan kemajuan tamadun manusia.

Nguyen Phu Trọng menyahut perutusan Presiden Xi itu dengan ucapan serupa kepada PKC dan rakyat China.

Beliau berharap kedua-dua negara terus mengukuhkan kesalingpercayaan politik, meningkatkan taraf dan kualiti kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang berdasarkan hasil kerjasama sedia ada, bagi menggalakkan perkembangan berterusan Perkongsian Strategik Komprehensif antara satu sama lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China