Cari:
China Bakal Pengimport Terbesar Minyak Sawit Malaysia
2018-02-08 16:54:19 CRI Cetak

China negara pengimport terbesar bagi getah dan produk getah Malaysia dalam tempoh 11 bulan pertama tahun lalu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (MPIC), Mah Siew Keong dalam kenyataan yang dipetik akhbar Oriental Daily semalam menyatakan bahawa hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dengan China semakin kukuh.

Pihaknya yakin, China yang kini muncul sebagai pengimport kedua terbesar minyak sawit Malaysia, akan bergelar pengimport terbesar dalam masa dua tahun akan datang.

Menurut beliau, jumlah ekport minyak sawit dan produk berkaitan oleh Malaysia ke China dalam tempoh antara Januari hingga November tahun lalu mencatat RM8.52 bilion, meningkat 9.8% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Tambah beliau, MPIC telah menjalin kerjasama dengan Universiti Tsinghua China untuk mengkaji penggunaan biodiesel B5 di beberapa provinsi China. Pihaknya berharap kedua-dua negara dapat merancakkan kerjasama dalam bidang tersebut pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China