Cari:
China, Filipina Terus Bincangkan Isu Laut China Selatan
2018-02-11 15:26:40 CRI Cetak
Mesyuarat ke-2 Mekanisme Rundingan Dua Hala (BCM) bagi Isu Laut China Selatan China-Filipina bakal diadakan tidak lama lagi. Kini, kedua-dua pihak sedang merapatkan pertukaran tentang butiran berkenaan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media kelmarin.

Geng berkata, mesyuarat pertama BCM telah dengan jayanya diadakan di bandar Guiyang, China pada Mei tahun lalu yang turut dilaporkan membuahkan hasil yang besar. Sejak itulah, kedua-dua pihak mengekalkan pertukaran yang berkesan tentang menyelesaikan isu laut berkenaan dan mendorong kerjasama maritim yang pragmatik.

Tambah beliau, China berharap mesyuarat kali ini dapat terus memperkasakan pertukaran dan kerjasama bilateral tentang isu berkenaan, dan menyediakan suasana baik untuk perkembangan hubungan China-Filipina dengan sihat dan stabil serta kerjasama pragmatik kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China