Cari:
Lebih 110 Ribu Pelancong China ke Filipina pada Januari
2018-02-26 14:05:35 CRI Cetak

Menurut Jabatan Pelancongan Filipina, jumlah pelancong China ke negara itu mencatat 111,344 pada bulan pertama tahun ini, meningkat 29.55% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Jabatan itu menyasarkan kedatangan 1.5 juta pelancong China pada sepanjang tahun ini.

Menurut dapatan tinjauan tahunan Jabatan Pelancongan tahun lalu, Long Beach, Cebu dan pulau Bohol adalah destinasi yang paling digemari pelancong China.

Sementara itu, jabatan tersebut juga sedang mempromosikan Puerto Princesa dan Davao kepada pelancong China.

Menurut pegawai pelancongan Filipina ke China lagi, syarikat-syarikat penerbangan kedua-dua negara akan menambah jumlah penerbangan carter untuk memudahkan perjalanan pelancong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China