Cari:
Harga Minyak Global Dijangka Meningkat
2018-03-02 14:34:29 CRI Cetak

Harga purata minyak mentah di pasaran global pada tahun lalu mencatat USD54.8 (RM215) setong, naik 21.5% berbanding tahun sebelumnya.

Laporan Jakarta Post Indonesia menyebut kenaikan harga ini disebabkan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengehadkan pengeluaran, dan permintaan global yang banyak meningkat ekoran pertumbuhan ekonomi yang pesat pada tahun lalu.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan ekonomi dunia akan meningkat pada kadar 3.7% tahun ini. OPEC diunjurkan akan mengekalkan tindakan mengehadkan pengeluaran minyak, harga minyak akan mencapai USD60 setong.

Harga minyak mentah yang meningkat turut menjadikan pelaburan Indonesia dalam industri tersebut semakin meningkat, iaitu USD12.6 bilion (RM49.5 bilion ), naik 35% berbanding dahulu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China