Cari:
Bantuan China Tanpa Syarat
2018-03-10 15:29:26 CRI Cetak

Tiada syarat dikenakan terhadap program bantuan China kepada Filipina. Kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara juga tiada kaitan dengan isu Laut China Selatan.

Demikian dinyatakan olah jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang semalam merujuk laporan akhbar Global Times yang memetik pandangan seorang sarjana bahawa China bersedia membantu Filipina memajukan ekonomi, namun pinjaman yang ditawarkan China biasanya disertakan jaminan dengan sumber semula jadi tertentu.

Geng Shuang menyatakan bahawa pandangan peribadi itu tidak mewakili pendirian China. Sejak hubungan bilateral mula pulih pada tahun 2016, China aktif membantu Filipina membangunkan ekonomi dan membaiki kesejahteraan rakyat.

Berdasarkan amalan antarabangsa, sebahagian pinjaman dengan kadar faedah rendah yang ditawarkan China mewajibkan peminjam menyediakan jaminan kredit berdaulat.

Berhubung laporan media Filipina bahawa pinjaman China turut dikenakan syarat Filipina perlu bertolak ansur dalam isu Laut China Selatan, Geng Shuang menyatakan bahawa usaha menangani isu tersebut secara baik merupakan asas dan jaminan penting bagi perkembangan sihat hubungan bilateral. China tidak akan mengaitkan isu itu dengan projek kerjasama ekonomi.

China bersedia berusaha bersama-sama Filipina melaksanakan persepakatan yang dicapai pemimpin kedua-dua negara dan menyelesaikan perselisihan melalui dialog bagi memastikan hubungan bilateral terus berkembang dengan sihat dan stabil, serta bersama-sama memelihara ketenteraman serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China