Orang Barat memandang pendapatan sebagai salah satu rahsia peribadi. Akan tetapi, berbual-bual tentang pendapatan bukanlah pantang larang bagi orang China. Ini kerana pada masa dahulu, pendapatan orang China lebih kurang sama. Sesetengah orang China akan berbual-bual tentang pendapatannya dengan rakan-rakan sekerja.
Apabila kawan-kawan bertemu selepas lama tidak berjumpa, mereka juga akan bertanya tentang pendapatan masing-masing. Kini, "mempamerkan" pendapatan dalam internet amat popular dalam kalangan orang muda di China. Mereka akan memaklumkan gaji, bonus dan elaun masing-masing supaya orang lain mengetahui jumlah pendapatan bagi pelbagai pekerjaan yang berlainan.

