Terdapat pribahasa terkenal di China yang bermaksud "air muka amat penting bagi manusia, kulit amat penting bagi pokok". Orang China amat mementingkan hubungan persahabatan dan menjaga jangan sampai mengaibkan rakan. Ajaran Confusius pun mementingkan kemesraan antara manusia. Menjaga kata-kata yang dituturkan jangan sampai menjatuhkan air muka kawan merupakan kaedah yang penting untuk memelihara kemesraan tersebut. Fahaman Confusius menganjurkan hidup secara harmoni, aman dan makmur bersama antara sahabat. Kalau kawan membuat kesalahan, kita perlu menjaga aibnya supaya tidak memalukannya. Semasa saudara berkawan dengan orang China, jangan lupa memelihara perilaku dan tutur kata supaya tidak menjatuhkan air muka mereka.

