Pemakanan orang Barat amat menekankan sains, khususnya menekankan nilai barang yang dimakan. Maka, piawai nilai pemakanan amat penting bagi mereka. Oleh sebab itu, orang Barat suka makan sayur-sayuran mentah, bukan sahaja tomato, timun dan daun salad, malah juga kubis, bawang dan brokoli. Makan sayur-sayuran mentah boleh mengurangkan kehilangan vitamin akibat dimasak.
Dalam budaya China ada pepatah yang berbunyi, "hidup rakyat berasaskan makan, makanan berasaskan rasa." Ini bermaksud rasa paling penting bagi makanan, tetapi proses pemasakan menyebabkan nilai makanan terjejas. Namun, kini, masakan China menekankan keseimbangan antara nilai makanan dengan rasa. Ini juga dikenali sebagai "pembaikan makanan China".

