Pelajaran 25 Minta Tunjuk Arah

 Hubungi CRI
 

Tegur sapa orang China secara umumnya tidak berbeza sangat dengan cara orang barat. Misalnya, orang China biasanya mengucapkan "Helo" ketika bertemu dan mengucapkan "Jumpa lagi" ketika berpisah. Namun, tegur sapa antara teman yang rapat biasanya berdasarkan keadaan atau fikiran mereka ketika itu. Misalnya, teman rapat sering mengucapkan "Ke mana anda pergi?", "Anda pergi bekerja atau tidak?" atau "Anda sudah makan atau tidak?" ketika bertemu. Jika mendengar tegur sapa sedemikian, orang barat mungkin tidak faham.
Bagi orang barat, hal-hal tersebut dianggap urusan peribadi, dan biasanya tidak boleh ditanyakan. Maka, tegur sapa mereka amat sederhana, iaitu "Helo", "Selamat pagi", "Apa kabar" atau pertanyaan tentang cuaca, seperti "Cuaca hari ini cerah, ya?"