Pelajaran 26 Menaiki Bas

 Hubungi CRI
 

  • Adakah bas ini pergi ke Komuniti Dongfang?
    "zhe4", "ini". "che1", "bas". "zhe4 che1", "bas ini". "dao4", bermaksud "sampai". "dong1 fang1", "timur". "xiao3 qu1", "komuniti". Dong1 fang1 xiao3 qu1", "komuniti Donfang".

  • Saya nak beli satu tiket.
    Sekarang sebilangan besar penduduk Beijing menggunakan kad "IC" untuk membayar tambang perjalanan.Kalau tidak ada kad ini, kita kena membeli tiket.Saudara boleh berkata "mai3 yi4 zhang1 piao4". "mai3" bermaksud "membeli". "yi1", "satu". "zhang1" ialah penjodoh bilangan, keping."piao4" ialah "tiket".

  • Tolong beritahu saya bila sudah sampai.
    Kalau saudara mahu diberitahu bila saudara patut turun bas, saudara boleh berkata begini kepada konduktor "dao4 le qing3 ni3 gao4 su wo3". "dao4" bermaksud "sampai". "gao4 su", "beritahu".

  • Di mana saya kena tukar bas?
    Kalau bas ini tidak berhenti di Komuniti Dongfang, saudara kena bertukar bas. Saudara boleh bertanya begini kepada konduktor "zai4 na3 er huan4 che1?" "zai4", "di". "na3 er", "mana". "huan4" bermaksud "tukar". "huan4 che1" bermaksud "tukar bas".