-
Tolong hantar saya ke hospital pusat.
Saya rasa, menaiki teksi lebih mudah daripada bas, dan biasanya kita tidak akan tersesat. Kalau nak naik teksi ke Hosiptal Pusat, saudara boleh berkata "qing3 song4 wo3 qu4 zhong1 xin1 yi1 yuan4". "qing3", "sila". "song4", "hantar". " wo3", "saya". "song4 wo3", "hantar saya". "qu4", "pergi". "zhong1 xin1", "pusat". "yi1 yuan4", "hospital". "zhong1 xin1 yi1yuan4", "hospital pusat".
-
Tahukah bagaimana hendak ke sana?
Jika saudara hendak mengetahui sama ada pemandu tahu laluan itu atau tidak, saudara boleh bertanya begini "zhi1 dao4 zen3 me zou3 ma?" "zhi1 dao4","tahu" . "zen3 me", "bagaimana". "zou3", "pergi". Seperti yang kita pelajari dulu, "ma" merupakan kata tanya yang bermaksud "kah".
-
Tolong pandu perlahan sikit.
Kalau pemandu teksi itu memandu agak laju, saudara boleh meminta pemandu itu memperlahankan teksinya.Saudara boleh mengatakan begini "qing3 nin2 kai1 man4 dian3 er". "qing3", "sila" atau "tolong". "nin2", kata sopan bagi "ni3". "kai1", "memandu". "man4", "perlahan". "dian3 er", "sedikit".
-
Tolong berhenti di pintu masuk.
Ketika sampai di Hospital Pusat, kalau saudara mahu berhenti di depan pintu, saudara boleh berkata begini "jiu4 ting2 zai4 men2 kou3 ba". "jiu4", "hanya". "ting2", "berhenti". "zai4", "di". "men2 kou3", "pintu masuk". "ba", kata bantu yang selalu diletakkan pada hujung ayat untuk menunjukkan "cadangan atau tuntutan".