Pelajaran 28 Menaiki Kereta Api

 Hubungi CRI
 

Di China, baik sempena hari raya mahupun pada hari biasa, ahli keluarga atau kawan-kawan selalu berkumpul dan makan bersama-sama di restoran. Semua orang akan duduk di sekeliling meja bulat dan lauk-pauk yang sedap akan diletakkan di tengah meja itu. Dengan cara ini, semua orang boleh mendapat makanan yang disukai mereka. Sebagai satu kelaziman, tuan rumah akan meletakkan beberapa lauk yang dianggap paling sedap ke dalam pinggan tetamu sebagai tanda penghormatan. Mengikut kelaziman orang Barat, sup akan dihidangkan dulu, kemudian barulah makanan utama. Tetapi di China, dalam jamuan, biasanya lauk-pauk dihidangkan dulu, kemudian, nasi dan akhirnya baru sup.