Bertanya tentang umur orang lain merupakan kebiasaan dalam masyarakat China, malah soalan sebegini menunjukkan rasa prihatin terhadap orang lain. Misalnya, orang China akan bertanya 您高寿 (nin2 gao1 shou4) yang bermaksud "berapa umur" kepada orang tua. Akan tetapi, sekarang semakin ramai pemuda-pemudi yang sibuk dengan kerja mereka sehingga tiada masa untuk mencari jodoh. Mereka mungkin sensitif tentang umur mereka. Jadi, lebih baik tidak bertanya tentang umur mereka sekiranya saudara bukan sahabat karib mereka.

