Murai dianggap sebagai burung yang bertuah di China. Menjelang musim bunga, murai akan berciap-ciap di cabang pokok. Orang China bukan sahaja berpendapat bunyinya merdu dan manis, tetapi juga percaya bunyi itu memberitahu pendengar“kedatangan tetamu dan ada berita yang baik”. Maka, ramai orang gembira dan berkata, “Murai membawa khabar yang baik” ketika mendengar bunyi murai.
Dalam budaya rakyat, ada satu cerita tentang murai. Menurut kisahnya, seorang gembala lembu hanya berjumpa dengan isterinya, seorang dewi dari langit pada hari ke-7 bulan yang ketujuh dalam Kalendar China setiap tahun. Untuk membantu gembala lembu itu berjumpa dengan isterinya, ribuan ekor murai bersama-sama membentuk jambatan di langit. Maka, orang China menamakan jambatan itu “jambatan murai”. Oleh sebab itu, kini, banyak agensi pengenalan perkahwinan, program televisyen dan aktiviti-aktiviti tertentu menggunakan nama “jambatan murai”.

