Sekarang ini,sektor persolekan dan mendandan rambut di China amat maju. Kedai solek dan gunting rambut akan menyediakan perkhidmatan yang profesional dan memuaskan pelanggan. Anda boleh memilih perkhidmatan seperti mencuci rambut, menggunting, mengerintingkan atau meluruskan rambut, mewarnakan rambut dan lain-lain. Kalau anda ingin menempah tukang solek yang tertentu, anda boleh menempah melalui telefon. Anda juga boleh membeli alat mencantikkan dan melindungi rambut di kedai-kedai gunting rambut. Sesetengah kedai gunting rambut juga menyediakan perkhidmatan mengurut kepala dengan percuma.

