Di China, kebanyakan orang muda tinggal bersama dengan ibu bapa mereka sebelum berkahwin. Selepas berkahwin, ada yang tinggal bersama-sama dengan ibu bapa mereka, ada juga yang menyewa rumah atau membeli rumah. Mereka boleh membayar sekali gus atau mendapatkan pinjaman dari bank. Keluarga yang pendapatannya rendah dan memenuhi syarat yang tertentu boleh memohon untuk membeli rumah kos rendah atau menyewa rumah kos murah. Walaupun rumah kos rendah selalunya agak jauh dari pusat bandar, namun ada perkhidmatan kereta api bawah tanah yang memudahkan perjalanan orang ramai untuk keluar masuk ke kawasan itu.

