Pelajaran 38 Berpindah Rumah

 Hubungi CRI
 

Berpindah rumah mengikut tradisi lama China,tidaklah mudah. Pertama, anda mesti melihat kalendar China untuk memilih hari yang baik. Waktu yang paling baik untuk berpindah ialah sebelum tengah hari dan hendaklah selesai menjelang matahari terbenam. Berpindah ke rumah yang baru pada waktu malam tidak baik. Pada hari berpindah, anda perlu bercakap perkara-perkara yang baik, keluarga anda tidak boleh menangis atau marah, dan anda tidak boleh memukul kanak-kanak. Pada hari itu, anda tidak boleh tidur pada waktu tengah hari. Jika tidur, anda mudah kena sakit pada masa depan. Pada malam hari anda berpindah itu, anda digalakkan memasak makanan yang manis untuk keluarga. Ini membawa maksud perpaduan dan kehidupan yang manis. Namun, sekarang orang bukan sahaja jarang mengikut adat resam ini, malah semakin hari semakin kurang orang yang mengetahui tradisi ini, kerana memilih syarikat berpindah yang baik adalah lebih penting. Selepas berpindah, anda boleh mengundang kawan-kawan menyambut perpindahan anda ke rumah yang baru itu.