Pelajaran 40 Menukar Wang di Bank

 Hubungi CRI
 

Menyimpan wang merupakan tradisi dalam kehidupan orang China. Orang China dahulu berjimat ketika menggunakan wang dan menjadikannya sebagai satu cara penting untuk menjaga keluarga.Sudah sekian lama, kerajaan China menggalakkan rakyatnya menyimpan wang di bank. Namun, sejak Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka dilaksanakan, konsep orang China tentang mengawal dan menguruskan wang pun berubah, khususnya pada tahun-tahun kebelakangan ini, pasaran saham, pasaran harta tanah menjadi amat dinamik. Lebih ramai orang mula mengeluarkan wang dari bank untuk membeli saham, bon, insurans atau rumah sebagai pelaburan. Untuk menjadi kaya, sesetengah orang sanggup meminjam wang untuk melabur dalam bidang-bidang tersebut. Ada orang China yang menjadi kaya atau miskin dalam satu malam sahaja. Banyak perkataan baru juga muncul dalam bahasa Mandarin, seperti 股民(gu3 min2) yang merujuk kepada “pemilik saham”. Namun, menyimpan wang dalam bank masih merupakan cara utama untuk mengumpulkan menguruskan wang. Majoriti rakyat China masih gemar akan kestabilan dalam bidang kewangan dan tidak suka mengambil risiko.