Pelajaran 41 Membayar Bil

 Hubungi CRI
 

Bank memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian rakyat China. Selain daripada menyimpan dan mengeluarkan wang, anda juga boleh membanyar bil telefon, bil internet dan elektrik, memohon pinjaman wang, menukar wang dan membeli produk kewangan di bank. Jika anda melihat orang berduyun-duyun di depan bank pada pukul 7.00 pagi, kemungkinan besar mereka menunggu untuk membeli bon kerajaan. Kebanyakan mereka merupakan warga yang telah bersara. Mereka membeli bon kerana risiko pelaburan jenis ini lebih rendah dan keuntungannya lebih tinggi berbanding dengan menyimpan wang secara biasa di bank.
Untuk memenuhi permintaan pelanggan, bank-bank di China berusaha untuk membaiki perkhidmatan mereka, seperti menyediakan mesin ATM, membuka bank layan diri sepanjang 24 jam dan meningkatkan kecekapan staf masing-masing.