Pada hari cuti, orang China suka memasukkan wang ke dalam akaun ibu bapa, kawan atau saudara mara mereka untuk menyatakan penghargaan, kasih sayang atau mengucapkan tahniah. Bagi golongan petani yang bekerja di tempat lain khususnya, mereka menghantar wang kepada keluarga di kampung mereka setiap bulan. Namun, ketika bencana berlaku, kebanyakan warga China akan menderma wang mereka kepada mangsa yang dilanda bencana itu. Kebanyakan bank di China pula akan menyediakan akaun khas untuk menerima dan memindahkan wang derma tersebut kepada mangsa di kawasan bencana tanpa mengenakan sebarang bayaran perkhidmatan. Keadaan ini dinyatakan dalam pribahasa China yang berbunyi,“Ketika berlaku bencana di satu-satu tempat, bantuan akan diberikan dari seluruh pelosok China”.

