Pelajaran 45 Mendaftar di Hospital

 Hubungi CRI
 

Hospital yang kecil dan besar terdapat di bandar dan di pekan-pekan di seluruh negeri China. Banyak syarikat dan komuniti juga mempunyai klinik sendiri. Biasanya, kita boleh pergi ke klinik sahaja. Pilihan yang amat mudah dibuat ini tidak memakan masa yang banyak. Jika kita pergi ke hospital, kita perlu berbaris untuk mendaftar dahulu. Jika mahu berjumpa doktor pakar pula, kita perlu pergi ke hospital pagi-pagi, kerana jumlah pesakit yang dirawat oleh doktor pakar pada setiap hari biasanya amat terbatas. Namun, sekarang, banyak hospital yang sudah menyediakan kemudahan untuk mendaftar melalui laman web atau telefon untuk memudahkan pesakit dan pelanggan.