Ketika berasa sakit belakang atau letih, kebanyakan orang China suka memilih kaedah perubatan “bekam” dan "gesel" atau pun “gua sha”(刮痧), iaitu sejenis urutan cara tradisional China yang menggunakan alat tertentu, seperti hujung sudu atau wang syiling. Bekam dan gesel atau“gua sha” merupakan cara perubatan tradisional yang popular di kalangan rakyat. Kedua-dua kaedah ini boleh meningkatkan peredaran darah, mengurangkan bengkak, memudahkan penyahtoksikan, dan menambah keimunan.
Bekam dilakukan dengan cara memanaskan sebiji cawan kaca sekejap, dan menangkupkan cawan itu pada kulit pesakit. “Gua sha” pula menggunakan duit syiling atau “hujung” sudu yang dicelup minyak atau air dan diguris-guriskan atas belakang atau dada pesakit. Kedua-dua proses perubatan kedua-dua kaedah tersebut mungkin menyakitkan sedikit, tetapi gejala penyakit biasanya akan berkurangan dengan cepat. Cara perubatan ini juga mudah dan sesuai untuk sesiapa sahaja.

