Pada masa dulu, pelajar-pelajar di universiti China selalunya mendengar dan mengikut sahaja segala ajaran pensyarah mereka. Namun, kini mereka lebih aktif dan ikut serta dalam perbincangan lanjutan dalam kelas. Mereka juga membuat penyampaian atau persembahan di hadapan orang lain. Manakala, pensyarah pula sedia merancangkan perbincangan antara para pelajar. Melalui interaksi sedemikian, para pelajar mendapat pengetahuan yang lebih banyak, di samping meningkatkan kebolehan mereka dalam menganalisis sesuatu isu, menyelesaikan masalah dan memupuk semangat kerja berpasukan.

