Perpustakaan banyak sekali dibina di China. Antaranya, perpustakaan yang paling besar ialah Perpustakaan Negara China yang terletak di Beijing. Perpustakaan ini bukan sahaja memiliki buku bahasa Mandarin yang paling banyak di China, malah memiliki buku bahasa asing yang paling banyak di China. Antara buku yang ada di perpustakaan ini, buku yang paling "tua" ialah buku dari zaman Dinasti Shang yang berumur lebih 3000 tahun. Sekarang, Perpustakaan Negara China ini dibuka kepada orang awam sepanjang tahun, dan menerima pengunjung seramai 13,600 orang purata setiap hari.

