Institusi pengajian tinggi di China dibahagikan kepada pelbagai jenis, seperti institusi komprehensif, institusi sains dan kejuruteraan, institusi pertanian dan hutan, institusi perubatan, institusi perguruan, institusi sukan dan kesenian. Badan kerajaan yang tertentu menganjurkan peperiksaan bersama di seluruh negara untuk pemilihan kemasukan ke institusi penganjian tinggi pada awal bulan Jun setiap tahun. Ia juga dikenali umum sebagai “peperiksaan tinggi”. Seseorang pelajar itu boleh memilih institusi mengikut kemahuannya sendiri dan hasil yang dicapainya dalam peperiksaan tersebut. Sekarang, terdapat lebih 2000 buah institusi pengajian tinggi di China. Jumlah orang yang memperoleh pendidikan di institusi pengajian tinggi di seluruh negara pada tahun 2007 mencecah angka lebih 27 juta orang.

