Kedudukan internet dalam kehidupan golongan muda di China semakin penting. Mereka melakukan pelbagai perkara melalui internet, seperti mencari bahan rujukan, menghantar atau menerima e-mel, membaca maklumat dan berita, dan berhubung atau berbual-bual dengan kawan dari tempat lain,malah dari luar negara. Selain daripada melayari internet di rumah, di sekolah atau di pejabat, terdapat ramai juga orang yang melayari internet di kafe internet. Kini, kawalan kerajaan China terhadap kafe internet amat ketat. Kad pengenalan perlu ditunjukkan kepada pihak yang berkenaan ketika memasuki kafe internet untuk membuktikan sama ada orang itu sudah dewasa atau belum. Di samping itu, terdapat kafe internet yang khusus untuk kanak-kanak atau orang yang belum dewasa. Sekiranya mereka melayari laman sesawang yang kurang sihat dan bermain permainan komputer terlalu lama, pengawal kafe internet itu akan menasihati mereka atau pun terus menghalang mereka.

