Banyak institusi pengajian tinggi di China mempunyai moto yang memperlihatkan sejarah dan budaya masing-masing. Misalnya, moto Universiti Peking, iaitu “Kesetianegaraan, Kemajuan, Demokrasi dan Sains” mempamerkan semangat siswa-siswi universiti itu yang berjuang untuk kebebasan mendapatkan ilmu dan kemajuan.
Moto yang dipegang oleh kebanyakan universiti, sebahagian besarnya diambil asalnya daripada karya-karya klasik China. Contohnya, moto Universiti Tsinghua, iaitu “Disiplin Diri dan Komitmen Sosial” dipetik daripada Zhou Yi (周易), sebuah karya zaman Dinasti Zhou yang dikenali sebagai hasil kebijaksanaan bangsa China. “Kaya dengan Pengetahuan, Mengekalkan Matlamat, Bersungguh-sungguh, Bertanya dan Berfikir” yang dipegang oleh Universiti Fudan pula adalah daripada bunga rampai ajaran Konfusius yang dihasilkan pada abad ke-3 atau ke-4 Sebelum Masihi.

