Pelajaran 58 Di Bar

 Hubungi CRI
 

“Kebudayaan Bar” menjelma beransur-ansur di kebanyakan bandar raya di China sejak tahun 90-an abad yang lalu. Kewujudan bar ini berkait rapat dengan perubahan seluruh negara China dalam bidang ekonomi, masyarakat dan kebudayaan. Sektor bar beroperasi dengan baik terutamanya di bandar-bandar yang ekonominya maju seperti Beijing, Shanghai dan Shenzhen. Di Beijing, terdapat bar dengan pelbagai gaya dan rupa. Suasana yang disediakan di bar di Shanghai pula sentiasa romantik, manakala bar di Shenzhen pula cukup merangsang. Bar sudah menjadi pilihan yang digemari oleh golongan muda di bandar raya sebagai tempat untuk bersenang-senang dan berhibur.
Terdapat pelbagai jenis bar yang unik di Beijing, misalnya, “Bus Bar” yang diubahsuaikan daripada sebuah bas lama. “Football Bar” yang bertemakan bola sepak, “Cinema Bar” yang menayangkan filem kepada pelanggan bar itu, dan “Artist Bar” yang dipenuhi suasana seni. Selain itu, terdapat “jalan bar” di pesisir tasik Shichahai Beijing. Di sana, terdapat tasik dengan airnya yang jernih, bot kecil untuk pelanggan bersiar-siar di sekitar tasik tersebut, jambatan batu putih dan pelbagai jenis bar. Kesemuanya ini memperkayakan lagi pamandangan yang sememangnya sudah cukup indah di bandar raya Beijing.