Kini, disko menjadi salah satu tempat hiburan yang disukai ramai, terutamanya bagi golongan muda. Biasanya dewan disko di Beijing akan penuh dengan pelanggan pada musim panas. Di disko,para pengunjungnya dapat menari dan menyanyi atau menikmati persembahan yang menarik sambil berbual-bual dengan rakan-rakan. Di disko yang terbaik di Beijing, kita dapat menikmati muzik pop yang istimewa, iaitu muzik yang menggabungkan muzik elektrik yang amat popular di arena antarabangsa dengan muzik tradisional China. Selain itu, kelengkapan lampu dan elektrik yang berteknologi tinggi, kemudahan sistem stereo kelas satu, dan kumpulan DJ yang terkenal di Asia terdapat di disko yang terbaik di Beijing. Golongan muda juga selalu mengadakan majlis untuk menyambut tahun baru di disko-disko yang ternama.

