Pelajaran 6 Membuat Temu Janji

 Hubungi CRI
 

Kita biasanya berkata "terima kasih" dan senyum apabila menerima hadiah daripada orang lain. Orang di negara-negara barat mungkin akan bercium dan berpeluk untuk menyampaikan rasa terima kasih, sedangkan orang China sentiasa segan-segan dan berkata "tidak, saya tidak boleh terima".

Sebenarnya, ini merupakan sejenis budi bahasa dalam masyarakat China. Selain itu, orang China juga tidak akan membuka hadiah di hadapan pemberi hadiah itu. Menurut tradisinya, orang China amat mementingkan nilai hadiah. Itulah sebabnya hanya hadiah yang berharga sahaja yang diberikan kepada kawan untuk menunjukkan keikhlasan.