Pelajaran 60 Di Pawagam

 Hubungi CRI
 

Sekarang ini, banyak sekali panggung wayang yang ditubuhkan di Beijing,persekitaran panggung wayang juga semakin baik. Di Beijing, bukan sahaja jumlah panggung wayangnya banyak, dan persekitarannya baik, sumber filem juga banyak, iaitu filem asing, filem Hong Kong dan Taiwan, serta filem dari tanah besar sendiri.
Untuk menarik lebih ramai penonton datang, panggung wayang di Beijing menawarkan tiket separuh harga setiap hari selasa. Selain itu, mereka juga mempromosi kad filem dengan potongan harga 20%.
Untuk menggalakkan pertukaran filem China dengan filem asing, beberapa tahun kebelakangan ini, China mengadakan pameran filem “Tayangan Beijing” setiap tahun. “Tayangan Beijing” yang telah diadakan selama 6 tahun ini telah membolehkan banyak filem China diperkenalkan kepada dunia.