Akrobatik merupakan seni tradisional yang mempunyai sejarah yang lama di China. Pada zaman dahulu,akrobatik ini dianggap seni kalangan rakyat sahaja. Namun, setelah Republik Rakyat China ditubuhkan, iaitu pada tahun 1949, akrobatik dikembangkan dengan baik, dan ia telah memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan hubungan persahabatan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara di dunia. Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan, pada penghujung tahun 1970-an, seni akrobatik China semakin diberi perhatian oleh kerajaan dan rakyat, dan ia berkembang dengan pesat. Pada masa ini, terdapat beberapa ratus kumpulan akrobatik di China dengan jumlah artisnya berjuta-juta orang. Akrobat China juga telah banyak kali memenangi hadiah terbaik dalam pertandingan akrobatik antarabangsa. China disifatkan sebagai negara yang akrobatnya paling hebat di dunia.

