Pelajaran 64 Di Muzium

 Hubungi CRI
 

Sekarang ini, terdapat lebih 2300 buah muzium yang pelbagai jenisnya di China. Sejak muzium pertama, iaitu Muzium Nantong ditubuhkan oleh pendidik yang terkenal di China, Zhang Jian, pada tahun 1905, sejarah muzium China sudah berkembang pesat. Di ibu negara China sahaja, terdapat lebih 140 buah muzium. Beijing, kini merupakan salah sebuah bandar metropolitan yang mempunyai muzium paling banyak di dunia. Pada tahun ini, sebanyak 33 buah muzium di Beijing sudah dibuka secara percuma kepada para pengunjung.