Beriadah pada waktu pagi merupakan satu kebiasaan dalam kehidupan orang China. Setiap pagi terdapat ramai orang, terutamanya warga emas, yang datang ke taman atau lapangan kecil dalam kawasan perumahan mereka untuk berjalan kaki, berlari, menari, menyanyi, main Taiji dan lain-lain. Semua ini merupakan cara beriadah yang klasik bagi orang China pada setiap pagi. Sekarang, agensi pelancongan di Beijing, satu persatu mengeluarkan rancangan untuk membawa para pelancong asing ke taman untuk menyaksikan orang China beriadah pada waktu pagi kerana pelancong asing ramai yang sangat berminat kepada budaya tradisi China serta kehidupan sehari-hari orang awam di Beijing.

