Sukan Olimpik Musim Panas ke-29 diadakan di Beijing, ibu negara China bermula pada 8 hingga 24 Ogos tahun ini. Upacara perasmiannya dilangsungkan pada pukul 8.00 malam 8 hari bulan Ogos. Ini merupakan kali pertama China menjadi tuan rumah Sukan Olimpik.
Dalam Sukan Olimpik ini, kebanyakan acara pertandingan diadakan di Beijing kecuali acara bola sepak yang diadakan di Shanghai, Tianjin, Shenyang dan Qinhuangdao, acara perahu layar yang diadakan di Qingdao, dan acara ekuestrian yang diadakan di Hong Kong.

