Mendaki gunung bukan sahaja boleh menguatkan badan kita, tetapi juga boleh menyegarkan otak. Di China, terdapat ramai peminat aktiviti ini. Apabila tiba hujung minggu atau cuti umum, ramai yang pergi mendaki gunung, kerana mendaki gunung bersama sahabat atau teman sekerja dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.
Festival Chong Yang jatuh pada hari ke-9 bagi bulan ke-9 menurut kalendar China. Pada zaman dahulu, orang China mengamalkan tradisi mendaki gunung yang tinggi pada hari tersebut. Sekarang ini, orang China di bandar akan bercuti dan membawa keluarga mereka ke luar kota untuk menikmati alam dan udara yang segar.

