Pelajaran 30 Bersiar-siar dengan Kereta

 Hubungi CRI
 

Bermula pada tahun 2008, hari perayaan kebangsaan di China telah bertambah daripada 10 hari kepada 11 hari. Ini meliputi Hari Tahun Baru Masihi, Hari Tahun Baru China, Hari Pekerja Antarabangsa "1 Mei", Hari Qing Ming, Pesta Perahu Naga, Pesta Kuih Bulan dan Hari Kebangsaan China. Setiap sambutan perayaan, orang China akan bercuti sehari kecuali Hari Tahun Baru China dan Hari Kebangsaan jumlah cutinya 3 hari. Maka itu, melancong pada hari perayaan menjadi semakin popular, lebih-lebih lagi jika ditambah 2 hari cuti hujung minggu. Walau bagaimanapun, apabila melancong dengan keluarga atau dengan kawan-kawan, kebanyakan orang menggunakan kereta sendiri. Orang yang tidak mempunyai kereta, biasanya menyewa kereta daripada syarikat-syarikat kereta.
Sekarang, banyak syarikat penyewa kereta besar mengenakan syarat penyewaan yang mudah. Orang ramai dapat menyewa kereta menerusi internet atau menyewanya terus dari syarikat tersebut. Penyewa dapat menyewa kereta asal mereka menunjukkan kad identiti, surat izin memandu, atau tiket kapal terbang ke Beijing, dan menyerahkan wang jaminan dan wang penyewaan. Beberapa syarikat boleh memberikan perkhidmatan di lapangan terbang, yakni mereka menunggu penyewa di sana dengan syarat tempahan dibuat lebih awal. Penyewa boleh menyelesaikan prosedur dengan cepat di lapangan terbang dan memulakan pelancongannya dengan memandu kereta sewa tersebut.