Maskot Perlindungan Persekitaran Ekologi China Dilancarkan

2020-06-06 14:56:45  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500031_1_9500031_1_1_c65ae356-3d4d-40f9-a60c-e73a449e4961

5 Jun ialah Hari Alam Sekitar Dunia. Hari itu disambut di China dengan tema "saya penglibat China yang indah". Maskot bagi perlindungan persekitaran ekologi China iaitu "si gunung" dan "si air" turut dilancarkan.

Persekitaran ekologi di China diperbaiki menerusi penyusunan semula sumber tenaga dan perindustrian, pengurusan dan kawalan pencemaran, perlindungan dan pemuliharan ekologi, serta amalan hidup yang mesra alam.

Menurut Menteri Persekitaran Ekologi China, Huang Runqiu, tujuh daripada sembilan indeks perlindungan persekitaran yang ditetapkan dalam Rancangan Lima Tahun ke-13 telah berjaya diwujudkan pada tahun 2019.

Tegasnya, pelbagai pihak seharusnya terus berusaha memelihara alam sekitar hingga mewujudkan pembangunan hijau dan amalan hidup yang mesra alam.

覃淼