Sesetengah politikus dari Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat boleh menumpukan perhatian terhadap hak asasi manusia rakyat Xinjiang di China yang berjarak jauh dengannya, tetapi membuta terhadap kegiatan rasialisme yang kian melampau dalam negerinya sendiri. Bolehkah mereka menjelaskan kenapa sambil melaung-laungkan "memberi perhatian" kepada hak asasi manusia rakyat Xinjiang, sambil memusnahkan sumber penjanaan pendapatan jutaan petani kapas di Xinjiang.
AS, satu-satunya negara yang pernah mengeluarkan perintah pengharaman Muslim di dunia, dan mendiskriminasi malah menganiaya rakyat Muslim di negaranya secara terang-terangan. Sebuah laporan diumumkan Majlis Hubungan AS-Islam (CAIR) pada 2018 mendedahkan bahawa jumlah kumpulan anti-Muslim telah bertambah dua kali ganda di negara itu sejak tahun 2016.
Selain itu, AS mencetuskan peperangan di Afghanistan, Syria dan Iraq dengan menggunakan alasan "anti-keganasan", yang akibatnya puluhan juta penduduk Muslim kehilangan rumah dan ahli keluarga malah diragut nyawa. Tak kira pandemik COVID-19 yang berleluasa, AS tetap melakukan sekatan terhadap sejumlah negara termasuk Iran, hingga ekonomi mereka runtuh dan rakyat tempatan hidup dalam kesengsaraan.
AS, negara yang begitu meremehkan rakyat Muslim, tiba-tiba “memberi perhatian yang luar biasa” kepada rakyat Muslim di Xinjiang. Jelaslah mitif politik yang sebenar yang tersembunyi di belakang tindakannya.
Tujuan sebenar AS adalah untuk memusnahkan penjanaan pendapatan tukang tekstil di Xinjiang, menjejaskan kestabilan Xinjiang dan mengekang pembangunan negara China. Tepat sekali seperti yang dikatakan oleh bekas Kolonel Tentera Darat AS, Lawrence Wilkerson, “apa yang disebut isu etnik Uygur di Xinjiang, semata-mata komplot strategik AS untuk mengkacaubilaukan dan mengekang pembangunan China.”
Prof. Steven Kelman dari Universiti Harvard melontarkan sindirannya bahawa, politikus AS tidak pernah mengambil perhatian terhadap sebarang negara Islam, tetapi hanya menjadikan Muslim di Xinjiang sebagai satu-satunya kelompok Muslim kesukaannya.
Rakyat Xinjiang sangat jelas tentang tujuan sebenar AS. Dalam sebuah sidang akhbar melibatkan Xinjiang diadakan China semalam, kita dimaklumi bahawa jumlah populasi etnik minoriti di Xinjiang kian meningkat. Masyarakat yang berbilang kaum hidup dalam suasana yang harmoni. Apa yang disebut“pembunuhan besar-besaran” yang diuar-uarkan pihak Barat adalah bohong belaka, dan “kerja paksa” sama sekali tidak pernah wujud di wilayah itu.