Pengalaman Wuhan Papar Kebertanggungjawaban China

2021-04-09 13:59:52  CRI
Share with:

Pada musim bunga ini, bandar Wuhan menyerlahkan satu pemandangan yang indah permai. Bunga sakura berkembang mekar; kawasan-kawasan komersial dibanjiri pelancong; Menara Huanghe masih kelihatan tersergam indah di tepi Sungai Yangtze …

Pada 8 April setahun dahulu, bandar Wuhan telah dibuka semula setelah laluan yang menyambungkan bandar itu ditutup selama 76 hari.

Dalam setahun ini, bandar Wuhan berjaya mengatasi impak wabak COVID-19 dan kembali ke 10 bandar paling kaya di China.

Pemulihan ekonomi Wuhan yang pantas itu sekali lagi membuktikan bijaknya keputusan “menutup bandar” dan kesignifikannya dalam membendung penularan wabak. Melalui pengalaman Wuhan, dunia luar dapat melihat usaha China untuk memulihkan ekonomi di samping membendung penularan wabak, serta sumbangan besar negara ini kepada perjuangan melawan wabak dan pemulihan ekonomi dunia.

Setakat ini, China telah menawarkan lebih 220 bilion pelitup muka kepada negara-negara luar, menghulurkan bantuan kepada lebih 150 negara dan wilayah serta 10 pertubuhan antarabangsa untuk melawan wabak, sementara menyediakan vaksin kepada lebih 80 negara dan 3 pertubuhan antarabangsa.

Pada masa yang sama, pemulihan ekonomi China dalam setahun lalu juga menyuntik keyakinan kepada ekonomi dunia yang mengalami kemelesetan. Jumlah ekonomi China melebihi RMB100 trilion (RM62.9 trilion) pada tahun lepas, dan China menjadi satu-satunya entiiti ekonomi utama yang mencapai pertumbuhan positif. Ini turut memainkan peranan penting bagi menstabilkan rantai industri dan rantai pembekalan dunia.

Walaupun sesetengah politikus Barat masih berdegil mencemarkan imej China menggunakan isu-isu punca virus dan vaksin, namun pemulihan Wuhan dan sumbangan China dalam perjuangan membendung wabak telah menghancurkan fitnah Barat.

Sebagai sebuah negara besar yang bertanggungjawab, China pasti akan terus menyuntik lebih banyak tenaga positif kepada perjuangan membendung wabak dan pemulihan ekonomi dunia.

胡星