Masjid Huxi, Shanghai
2011-10-27 14:04:42 CRI

Lebih setahun sebelum perasmian Ekspo Dunia 2010 di Shanghai, kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada orang Islam telah ditubuhkan di Masjid Huxi. Mereka kebanyakannya orang yang sudah bersara, tetapi sangat bersemangat untuk memberi sumbangan masing-masing dalam usaha kebajikan masyarakat. Mereka berkhidmat kepada para jemaah yang menyertai aktiviti keagamaan di masjid. Tugas mereka menjadi bertambah sibuk terutamanya pada hari Jumaat dan pada hari raya serta hari-hari keagamaan yang lain mengikut kalendar Islam.

Beberapa orang sukarelawan sibuk membentangkan hamparan tikar pada halaman di luar dewan sembahyang untuk menampung bilangan jemaah yang ramai untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Dewan sembahyang masjid ini sentiasa dipenuhi para jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Huxi. Mereka bukan sahaja penduduk tempatan, malah terdapat jemaah dari provinsi lain atau dari negara asing.

Ini sebuah kedai makanan halal yang terletak di luar pintu utama Masjid Huxi. Para jemaah boleh menikmati atau membawa pulang makanan halal yang enak setelah mereka bersolat di masjid ini.

Panduan Perjalanan ke Masjid Huxi

Masjid Huxi, Shanghai

Add: No. 3 Lorong 1328, Jalan Changde, Daerah Putuo, Shanghai

Tel: 021-62772076

Poskod: 200060

Bas yang melalui Masjid Huxi termasuk:

Bas No. 138 (stesen Jalan Changdelu Jalan Changshoulu)

Bas No. 24 (stesen terakhir, iaitu stesen Changshouxincun)

Bas No. 948 (stesen Jalan Changshoulu Jalan Jiaozhoulu)

Bas No. 837、36、13、6394Lianyun (stesen Jalan Changshoulu Jalan Changdelu)

Subway:

Subway Line 7 (stesen Jalan Changshou)

 

Peta Laluan Subway di Shanghai

Tips: Subway Line 7 Shanghai yang dikenali sebagai "Subway Ekspo Dunia" beroperasi pada 5 Disember, tahun 2009. Antara semua stesen Subway Line 7 terdapat 5 stesen meliputi tenggara daerah Pudong di mana terletaknya Taman Ekspo Dunia 2010 di Shanghai.

------Melur


1 2
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China