Cari:
Penerokaan Bersama Manfaat bagi Rakyat
2017-07-26 14:02:41 CRI Cetak

Ketenteraman merupakan prasyarat untuk hubungan dua hala yang sihat, manakala penerokaan bersama sumber semula jadi bermanfaat bagi rakyat.

Demikian ujar Setiausaha Luar Filipina, Alan Peter Cayetano dalam sidang media bersama-sama rakan sejawatnya dari China, Wang Yi, selepas pertemuan di Manila semalam.

Cayetano menyatakan bahawa seawal tahun 1986, pemimpin kedua-dua negara telah pun membuat keputusan untuk bersama-sama meneroka sumber di Laut China Selatan.

Beliau yakin, di bawah pimpinan Presiden Rodrigo Duterte dan Presiden Xi Jinping, kedua-dua pihak mampu mencari pendekatan sesuai dalam hal ini demi faedah semua.

Wang Yi pula menyatakan bahawa hubungan China dan Filipina semakin pulih. Kedua-dua pihak perlu mengorak langkah ke arah merealisasikan hasrat pemimpin lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China