Cari:
• Zaidah: Selera Malaysia Merentas Sempadan
Pesan orang-orang tua dahulu, kalau mahu menambat hati bakal ibu mentua, kena pandai memasak dan kalau mahu memikat hati suami antara caranya kena jaga perutnya. Itulah antara nasihat yang sering diberikan kepada para wanita yang bakal menempuhi alam berumah tangga yang secara tidak langsung mengingatkan kaum wanita bahawasanya anda perlu tahu memasak.
• Catatan Kampung Manzhang, Xishuangbanna: Anak Kota Masuk Kampung
Kalau namanya anak kota, pastilah seumur hidupnya tinggal di rumah batu. Pasti juga kehidupan hariannya tidak pisah dengan kesibukan hutan konkrit. Anak kota yang sudah lesu dengan hiruk-pikuk dunia moden, dan ingin merasa hidup di tempat sunyi walau untuk sehari dua sahaja, memang patut ke Xishuangbanna, provinsi Yunnan.
• Farah: Catatan Kampung Manluanhui, Xishuangbanna: Menjejak Saudara di Xishuangbanna
Xishuangbanna mungkin nama yang sukar sekali disebut oleh lidah orang asing. Namun sesiapa yang teringin menghayati kepelbagaian budaya, menikmati cuaca nyaman daerah autonomi di provinsi Yunnan ini dan melihat langit membiru dengan kepulan awan umpama gula-gula kapas, perlulah menyebut namanya dengan betul.
• Zaidah: Kuasa Muzik dan Sentuhan Tangan-Tangan Ajaib
Walaupun sudah hampir dua minggu Konsert Persahabatan China-ASEAN melabuhkan tirainya, namun kenangan pada malam konsert tersebut masih terasa hangat hingga kini. Sekiranya hendak bercakap tentang penyanyi yang membuat persembahan pada malam itu, ternyata sudah heboh diperkatakan.
• Pengembara Moden di Laluan Purba
Ada beberapa tempat di China (dan di dunia ini) yang mesti dilawati sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Begitulah Dunhuang di mataku, lebih-lebih lagi setelah melihat Groto Mogao dan Taman Geologi Dunhuang, tempat letaknya bukit pasir Mingshashan dan kolam Yueya yang berbentuk bulan sabit.
• Kesan Tapak Kaki di Pasir
Tarikh hari ini akan tercatat sebagai tarikh yang penting dalam riwayat hidupku, kerana pada hari ini hajat untuk memijak pasir di Jalan Sutera seperti pedagang-pedagang pada zaman dahulu kala akhirnya terkabul. Mungkin aku terpengaruh dengan filem-filem klasik yang mengisahkan pengembaraan atau hidup manusia di padang pasir, kerana selama ini aku membayangkan padang pasir itu tandus, hanya ada pasir dan tiada tumbuh-tumbuhan langsung.
• Dari Dalam Melihat Ke Luar
Seingat aku, kalau menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke arah selatan melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, selepas perjalanan hampir 400 kilometer, barangkali sudah sampai ke Singapura. Begitulah luasnya wilayah China, hari ini kami menaiki bas sejauh itu dan masih lagi berada di provinsi yang sama. Aneh sekali perasaannya.
• Ingin Kutelusuri Dari Hujung Ke Hujung
Di Jiayuguan, bandar yang membangun pesat berikutan kejayaan industri keluli dan besinya, terdapat sebelas destinasi pelancongan terkenal, dan pada waktu siang hari ini, rombongan Kembara Laluan Sutera dibawa melawat ke beberapa buah destinasi tersebut.
• Ayuh Ke Destinasi Baharu, Jiayuguan!
Hari ini rombongan wartawan Kembara Laluan Sutera tiba di Jiayuguan, provinsi Gansu. Antara kami sebelas orang, belum ada seorang pun yang pernah sampai ke sini sebelum ini, jadi sudah tentulah kami semua cukup teruja dan ternanti-nanti untuk melihat apa yang ada di bandar ini sehingga dipilih menjadi destinasi kedua dalam laluan kembara kami.
• Kalau Tanah Liat Boleh Berbicara
Kalau patung tanah liat boleh berbicara, barangkali kedatanganku ke Muzium Patung Tanah Liat Perwira dan Kuda Maharaja Qinshihuang pada hari ini akan disambut dengan kata-kata seperti "Hai, datang lagi kau ini?" dan "Kali ini kau bawa kawan-kawan baharu?" Atau mungkin para perwira terracotta ini akan mengeluh keletihan setelah berdiri dalam kesiagaan selama 2,200 tahun, menyaksikan segala macam perubahan yang berlaku dalam dunia manusia?
• Makanan Menjadikan Kita Keluarga
Hari ini rombongan wartawan Malaysia dan CRI menghabiskan masa hampir sehari suntuk di salah satu tempat yang paling aku suka di Xi'an, iaitu daerah Lianhu, tempat letaknya kediaman orang Islam dan juga Jalan Makanan Halal yang cukup terkenal. Kami berjumpa pegawai-pegawai kerajaan daerah Lianhu, makan tengah hari di restoran Pau Bersup Jiasun, melawat Masjid Besar Xi'an dan membeli sedikit oleh-oleh untuk dibawa pulang. Kawasan ini memang sentiasa sibuk.
• Ke Kota Lama Dengan Cara Baharu
Ini kali kelima aku ke Xi'an, kali kedua ke Xi'an menaiki kereta api, entah kali ke berapa menaiki kereta api laju di China, tetapi baru kali pertama menaiki kereta api laju ke Xi'an. Memanglah seronok dapat merasa duduk di dalam kereta api laju, meninggalkan Beijing meluncur ke kota purba yang sudah kuanggap rumah kedua di China. Mana tidaknya, kereta api moden, tempat duduk selesa, ada pula gerabak kantin menyediakan makanan ringan dan berat termasuk set makanan halal... Tapi yang benar-benar mencuri perhatianku, panorama di luar tingkap.
• Catatan di Dongguan: Tapak Kubu Weiyuan
Kubu yang terletak di sebelah kiri pergunungan Nanshan di pulau Weiyuan ini, dibina dengan 26 landasan meriam terlindung, 3 landasan meriam terbuka, 20 tangsi askar, bilik simpanan serbuk letupan, 2 lorong konkrit, dan dikelilingi oleh dinding pertahanan.
• Catatan di Dongguan: Muzium Perang Candu di Humen
Humen, atau "pintu harimau", sebuah pekan tidak jauh dari pusat bandar Dongguan yang kaya dengan khazanah sejarah dan budaya. Pekan ini pada suatu ketika dahulu menjadi saksi kepada perjuangan China menghapuskan candu, dan sejarah perjuangan tersebut boleh ditelusuri di Muzium Perang Candu di Humen.
• Gua Guan, Umpama Alam Fastasi
Guilin di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi terkenal dengan pemandangan alam semula jadi yang sukar ditandingi. Hari ini, kru Kenali Beijing iaitu Melur, Farah dan Rahman, berlepas ke bandar ini untuk "mengenali Guilin" pula.
• Dari Tembok Kota, ke Patung Perwira, Akhirnya Opera
Jadual lawatan kami pada hari ketiga di Xi'an dipenuhi dengan kunjungan ke destinasi pelancongan terkenal. Pada sebelah pagi, kami dibawa melawat ke tembok yang mengelilingi bahagian lama kota Xi'an. Kami dimaklumkan, tembok asal kota Xi'an dibina seawal tahun 194 SM, namun tembok yang dapat dilihat sekarang ini dibina pada zaman dinasti Ming, iaitu tahun 1370 M. Tingginya 12 meter dan lebar dasarnya 15 hingga 18 meter.
• Sidang bagi Mempromosi Pelancongan Islam di Xi'an
Sidang bagi mempromosi pelancongan Islam di Xi'an anjuran Agensi Pelancongan Yeaho Xi'an (Yeaho) diadakan pada pukul 4:00 petang 9 Ogos. Saya dan Rahman bersama-sama ikut serta dalam aktiviti ini. Beberapa orang tokoh terkenal telah menyampaikan ucapan, ada yang merumuskan situasi semasa, ada pula yang menyatakan pandangan dan harapan mereka mengenai pelancongan Islam di Xi'an.
• Wushu, Gabungan "Langit" dan "Bumi"
Delegasi wakil agensi pelancongan dari Malaysia yang seramai 60 orang tiba di Xi'an tengah malam tadi. Pagi ini, setelah bersarapan beramai-ramai, kami dibawa berkunjung ke Akademi Wushu Barat Daya yang letaknya tidak terlalu jauh dari pusat bandar Xi'an dengan menaiki dua buah bas pesiaran.
• Ayuh! Kita ke Xi'an (lagi)!
Atas undangan Agensi Pelancongan Antarabangsa Guilin Changyou, saya dan Rahman berlepas ke Xi'an untuk ikut serta dalam program promosi Musafir China, yang menawarkan pakej pelancongan khusus untuk orang-orang Islam.
• Farah: Catatan Perjalanan Hari Kelima -- Nanjing, bandar lama yang memiliki banyak tarikan baharu
Malam tadi kami semua ucapkan selamat tinggal kepada puan Ling Yan, pegawai Pejabat Seranta Jawatankuasa Pentadbiran SIP yang telah banyak membantu menguruskan perjalanan kami di Suzhou. Pada awal pagi ini, kami pun bertolak ke bandar Nanjing dengan menaiki van. Perjalanannya memakan masa lebih tiga jam. Boleh tahan lama juga ya?
• Farah: Catatan Perjalanan Hari Keempat di Suzhou
Hari ini ialah hari keempat dan terakhir kami melawat ke Taman Perindustrian Suzhou (SIP) dan bandar Suzhou. Cuaca hari ini cerah, cukup baik untuk kami sebab hari ini macam biasa jadual kami padat dengan bermacam-macam lawatan. Untuk lebih memahami SIP, mula-mula kami dibawa bertemu dengan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran, encik Yang Jianzhong.  
• Farah: Catatan Perjalanan Hari Ketiga di Suzhou -- SIP Memang 'Bandar Yang Menakjubkan'
Hari ini hari ketiga kami melawat ke Taman Perindustrian Suzhou (SIP). Kalau semalam kami dibawa melawat ke muzium, galeri dan universiti, hari ini lawatan kami berfokus pula kepada syarikat berteknologi tinggi dan peranan beberapa biro bawah Jawatankuasa Pentadbiran SIP. Mula-mula, kami mengunjungi kawasan "BioBAY", iaitu pusat bagi syarikat-syarikat inovatif di SIP.
• Farah: Catatan Lawatan Hari Pertama ke Suzhou--Terpegun dengan kemodenan SIP
Kami memulakan hari kedua di Suzhou ini dengan lawatan ke Pusat Budaya dan Seni Suzhou pada waktu awal pagi. Memang awal, sebab waktu kami tiba di bangunan yang serba moden itu, masih belum ada pengunjung yang lain. Suasana di pusat ini cukup baik. Luarannya mengingatkan saya kepada Stadium Olimpik "Sarang Burung" di Beijing.
• Farah: Catatan Perjalanan ke Suzhou Hari Pertama
Minggu lalu apabila diberitahu saya akan menyertai rombongan wartawan ke bandar Suzhou, saya berasa cukup teruja. Pada tahun 2009, saya pernah melawat ke bandar Suzhou, tetapi tidak dapat singgah lama-lama di sana kerana bandar Suzhou cumalah salah satu tempat persinggahan dalam perjalanan kami yang melawat ke Shanghai, Hangzhou dan Suzhou.
• Farah:Catatan untuk lawatan "Mendekati Kongres Rakyat Kebangsaan China"
Pada 26 Jun lalu, rombongan yang disertai hampir 50 orang wartawan dan staf CRI telah melawat ke Dewan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC). Antara yang mengikuti rombongan ini termasuklah staf dari bahagian bahasa Melayu, Indonesia, Kemboja dan lain-lain.
• Farah: Pameran Arca Kertas dan Seni Ukiran Sayur-sayuran Ji Shengrui
Encik Ji Shengjiu, seorang seniman arca kertas yang memegang pelbagai jawatan penting dalam bidang kesenian China termasuk pengerusi Persatuan Kesusasteraan dan Kesenian Rakyat daerah Dongcheng, Beijing telah mengadakan pameran arca kertas dan ukiran sayur-sayurannya baru-baru ini.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China