Ikan kap dengan saus manis dan masam 糖醋鲤鱼(tang2 cu4 li3 yu2)
Nama bahasa Inggeris: Fried carp with sweet and sour sauce
Cuisine: Masakan Shandong
Ikan Karp Sungai Kuning, dagingnya lembut dan banyak lemak. Pada lebih 3000 tahun lalu, ikan kap Sungai Kuning telah menjadi masakan yang disukai orang ramai. Provinsi Shanxi di kawasan aliran Sungai Kuning menghasilkan cuka yang paling baik di China. Maka provinsi ini telah menciptakan satu cara yang istimewa untuk memasak ikan kap, iaitu "ikan kap dengan saus manis dan masam". Masakan ikan kap gengan saus manis dan masam yang jadi itu, warnanya kencana, dan dagingnya keropos dan renyah di luar dan lembut di dalam. Masakan ini harum dan rasanya manis dan masam, dan dikenali sebagai masakan terkenal di Shanxi.
Masakan ini juga merupakan masakan tradisional di Jinan, Shandong. Jinan juga terletak di tepi Sungai Kuning. Cara memasaknya lebih sempurna. Ikan ini akan digoreng dengan minyak yang mendidih, dan disiram dengan saus yang dibuat daripada gula dan cuka. Sekarang, masakan ini telah menjadi sebuah masakan yang paling enak dan digemari di China.
Bahan: Ikan kap, rebung, tike, cuka dan gula.