Cari:
Ayam Kukus dengan Garam Panas
2009-03-27 15:39:27 CRI Cetak

Ayam Kukus dengan Garam Panas 盐焗鸡 (yan2 ju2 ji1)

Cuisine:Masakan Guangdong

Asal Usul:

Ayam kukus dengan garam panas merupakan masakan yang terkenal di Provinsi Guangdong. Ia berasal dari perairan Sungai Dongjiang. Pada kira-kira 300 tahun lalu, terdapat banyak lapangan mengeringkan garam di sini. Orang di sini ada yang menyimpan ayam yang telah dimasak yang dibungkus dengan kertas dalam garam untuk beberapa lama. Menurut mereka, daging ayam yang disimpan dalam garam menjadi sedap sekali.

Seorang wanita tempatan dikatakan mempunyai banyak anak, antaranya termasuk seorang anak lelaki yang sangat lemah dan sering sakit. Disebabkan kekurangan makanan berzat yang lain, wanita ini memasak ayam untuk anaknya sebagai tonik. Beliau membungkus ayam tersebut dengan kertas, dan meletakkannya ke dalam mangkok. Kemudian, beliau menutup ayam itu dengan garam dan memanaskan mangkok itu di atas api. Garam dalam mangkok itu menjadi semakin panas dan daging ayam dalam garam itu masak perlahan-lahan. Sejak makan masakan tersebut, kesihatan anak tersebut bertambah baik. Selepas beberapa lama, anak tersebut pun besar menjadi seorang belia yang sihat. Menurut ceritanya, dia mendapat beliau memenangi tempat pertama dalam peperiksaan untuk memilih pegawai kerajaan yang diadakan di peringkat negara pada zaman feudal. Sejak itu, "ayam kukus dengan garam panas" pun menjadi masakan yang sangat popular di kawasan tersebut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China