Cari:
Koo Kian Keat/Tan Boon Heong Berpeluang Merebut Kejuaraan
2009-05-21 14:41:28 CRI Cetak

Bekas anggota pasukan badminton Malaysia yang juga pemain beregu lelaki yang terkenal, Lee Wan Wah memaklumkan baru-baru ini bahawa Malaysia berpeluang mengakhiri ketandusan kejuaraan dalam pertandingan Kejohanan Badminton Dunia yang akan berlangsung di Hyderabad, India dari 10 hingga 16 Ogos tahun ini.

Pemain beregu lelaki, Lee Wan Wah/Chong Tan Fook yang sudah berundur daripada bersama pasukan Malaysia setelah berakhirnya Sukan Olimpik Beijing pada Ogos 2008, berkemungkinan terus beraksi untuk kali ke-6 dalam Kejohanan Badminton Dunia.

Pasangan tersebut mencipta rekod terbaik pasukan Malaysia dalam acara beregu lelaki Kejohanan Badminton Dunia  dua tahun yang lalu. Mereka bertungkus-lumus menyingkirkan juara bertahan dari China, Cai Yun/Fu Haifeng dalam tiga set semasa bertarung pada peringkat separuh akhir, dan berjaya menggondol pingat gangsa dalam acara tersebut.

Menyentuh Kejohanan Badminton Dunia yang akan diadakan tidak lama lagi, Lee Wan Wah berpendapat bahawa persaingan dalam acara beregu lelaki tidak sesengit pertandingan terdahulu. Pasangan Malaysia, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong berkemungkinan mengakhiri ketandusan pungutan pingat bagi Malaysia dalam Kejohanan Badminton Dunia.

Kata beliau: "Saya rasa Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menghadapi peluang yang terbaik untuk merebut kejuaraan pada tahun ini, kerana mereka sudah meningkat  menjadi lebih matang berbanding dengan dua tahun yang lalu, iaitu ketika mereka mula mula dipasangkan di gelanggang."

Wan Wah menganggap pertandingan tidak begitu sengit dalam acara beregu lelaki pada masa ini jika dibandingkan dengan masa dahulu kerana terdapat beberapa pasangan sudah mengundurkan diri dari gelanggang selepas berakhir Sukan Olimpik Beijing. Antaranya, pemain senior dari Denmark, Lundberg Hansen dan Yulianto dari Indonesia.

Pada masa ini, hanya tinggal tiga hingga empat pasangan yang dapat menunjukkan permainan yang terbaik di arena global. Mereka berkemampuan untuk merebut kejuaraan, dan berada pada tahap yang sukar ditewaskan.

Wan Wah berpendapat bahawa pada masa sekarang, pemain pilihan pertama dunia dari Indonesia, Kido Markis/Setiawan Hendra, pemain beregu Denmark, Boe Mathias/Moggensen Carsten, pasangan China, Cai Yun/Fu Haifeng dan Pemain Republik Korea, Jung Jae Sung/Lee Yong Dae antara pemain beregu lelaki terbaik di dunia.

Wan Wah yang sejak menarik diri daripada pasukan Malaysia menjadi pemain bebas tidak terlalu tinggi meletakkan harapan pada diri sendiri. Ini disebabkan latihan yang dikutinya sekarang berbeza dengan yang dilalui semasa berkhidmat dalam pasukan negara. Tetapi, beliau akan berusaha sedaya upaya untuk menunjukkan permainan yang cemerlang di gelanggang semasa berlangsung Kejohanan Badminton Dunia nanti.

DAZHONG.............

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China