1.Buah-buahan yang berwarna jingga;
Lemon, oren, mangga, betik, nenas semuanya mengandungi beta-karoten, vitamin C yang amat kaya. Umumnya, beta- karoten dapat meningkatkan daya keimunan tubuh badan manusia dan bertindak sebagai unsur juga antikanser.
2. Buah-buahan yang berwarna merah:
Tomato, buah delima mempunyai fungsi antioksida dan menghalang sel kanser daripada merebak dalam badan. Kalori buah-buahan tersebut juga amat rendah.
3. Buah-buahan yang berwarna ungue dan hitam:
Buah-buahan ini, bukan sahaja baik bagi mata dan dapat menghalang kolesterol terkumpul dalam badan, tetapi juga dapat meningkatkan daya tahan tubuh bahan. Antara buah-buahan dalam kumpulan ini ialah anggur, beri biru, beri hitam dan plum. Kesemuanya mengandungi banyak vitamin C, kalium, magnesium dan kalsium berbanding dengan buah-buahan yang lain.
4. Buah-buahan yang berwarna hijau:
Epal hijau dapat melancarkan fungsi retina dan melindungi penglihatan kita.
Selain itu, orang yang selalu panas badannya. Hendaklah makan pear, pisang dan tembikai. Manakala, orang yang badannya selalu sejuk, sesuai makan laici, ceri, buah berangan dan longan. Pesakit strok dinasihatkan makan pisang, oren dan pic yang dapat membantu pencernaan. Pengidap sakit jantung dan lipidnya terlampau tinggi sesuai makan buah-buahan sitrus dan limau bali supaya mengurangkan nisbah kolesterol dan lipid dalam darahnya.