Cari:
Tetamu Asing Menyaksikan Pameran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Pembaharuan Demokratik Tibet
2009-03-26 15:21:55 CRI Cetak
Tetamu asing tersebut secara beramai-ramai menyatakan bahawa pameran itu telah mendedahkan Tibet yang benar dan mereka berasa terkejut dengan perubahan yang amat besar yang berlaku di Tibet.

Pameran tersebut merupakan pameran besar yang pertama di China, yang menunjukkan kekejaman sistem perhambaan feudal di Tibet lama, dan mendedahkan fakta sebenar tentang pemberontakan bersenjata yang didalangi oleh kumpulan pemisah Dalai Lama. Kesemua ini didedahkan melalui lebih 500 keping gambar dan lebih 180 bahan dan dokumen. Pameran ini juga memberikan gambaran pembangunan dan kemajuan yang dilalui oleh Tibet sejak pembaharuan demokratik dilaksanakan 50 tahun lalu, serta membongkar pembohongan kumpulan Dalai Lama tentang apa yang disebut sebagai "isu Tibet". Menteri Penasihat Ghana, Akwasi Agyeman Agyare berkata bahawa pameran itu merupakan saluran yang baik untuk menunjukkan perubahan pembangunan di Tibet. Menurut beliau pameran itu memaparkan perubahan yang besar yang berlaku di Tibet sejak 50 tahun lalu.

Di ruangan pameran itu, pakar-pakar ilmu Tibet dari Pusat Penyelidikan Ilmu Tibet China telah bertukar-tukar pendapat secara terbuka dan ikhlas dengan para diplomat. Mereka telah menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh para diplomat dengan penuh perhatian, menghuraikan dasar kerajaan China tentang isu Tibet secara terperinci, menjelaskan kejayaan yang besar yang dibawa oleh pembaharuan demokratik Tibet selama 50 tahun yang lalu dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Duta Besar Cuba, Carlos Miguel Pereira berkata bahwa selepas menyaksikan pameran itu, saya berpendapat kehidupan rakyat Tibet mengalami perubahan yang amat besar sejak tertubuhnya Republik Rakyat China, khususnya selepas terlaksananya dasar pembaharuan dan pintu terbuka selama 30 tahun. Ini bukan sahaja memperlihatkan kesungguhan kerajaan China untuk melaksanakan pembangunan di Tibet, tetapi juga merupakan keazaman kerajaan China untuk menunaikan janjinya dalam usaha membangunkan Tibet.

Duta Besar Romania, Viorel Isticioaia yang pernah melawat Tibet pada tahun 2005 yang lalu berkata bahawa pameran ini membolehkan orang ramai meningkatkan fahaman terhadap perkara yang sebenarnya berlaku di Tibet. Saya pernah menyaksikan pameran seperti ini pada tahun 2007 dan tahun 2008 yang lalu. Saya mencadangkan agar pameran ini diadakan di luar negeri supaya lebih banyak media, pakar dan negarawan di luar negeri mendapat penjelasan yang langsung tentang sejarah Tibet dan fakta sebenar berkait dengannya.

Pameran ini telah dibuka pada 24 Februari yang lalu. Seramai lebih 100 ribu orang telah menyaksikan pameran tersebut setakat ini. Pameran ini akan ditutup pada 10 April nanti.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China